Tuesday, June 5, 2012

Sepetang di Muka Buku


Kembali aku ke kamar terindahku
puas cukup puas telah puas kulayari
laman demi laman kuintai dan kuterjahi
cantik menawan tertawan pelbagai perisa
ada perisa strawberi perisa blueberi dan aneka lagi
hebat-hebat belaka semuanya kusukai
tiada satupun yang menjelekkannya hati
kekuatan ilmunya tinggi-tinggi sekali
semuanya buat aku kembali lupa diri


jika ada sumur di ladang 
boleh aku menumpang mandi
jika ada umurku yang panjang
esok-esok aku nak terjah lagi

~ICT~menghargai nikmat Ilahi...Espie..

No comments:

Post a Comment