MALAM
Ini malam yang indah
saat segala di sisi dingin dan sepi,
aku memejam mata menghela nafas bisu
memimpin jiwa ke puncak cinta.
Kita tidak lagi berkeluh kesah
kerana malam ini segala mimpi
berbunga wangi,
kerana malam ini
kasih kita tidak lagi kecundang
di sebalik awan gemawan.
-malhis/15/5/12/
No comments:
Post a Comment