waktu kuntuman ini indah dibuai kasih,
datang bertamu gundah dan gelisah,
kerana hadirmu yang tidak mahu kunjung,
walau tabir malam itu disuluh gemilangnya purnama,
manaku hendak ku temukan pungguk untuk ku lagukan,
lalu sunyi itu membujuk cuba dengan jerihnya,
menemankan aku dengan makna kesetiaan,
berbantal resah cubaku baitkan irama,
bersabda di dalam hati sendiri,
menciptakan senyuman pada bayangan wajah,
yang kejauhan di sana..apa mungkin ,
dengannya dapatku ubatkan gering ini ,
yang payah di pelataran rinduku ...
2012 HAKCIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment