Benci
"aku tidak suka"
ah, sukar sekali untuk kau mengerti,kan?
lalu aku kasarkannya
"aku benci!"
nah, ini lebih ringkas
mungkin lebih senang kau mengerti.
itu saja,
ringkas dan mudah
aku benci topeng bahasa
kau cantikkan untuk menghina
kau indahkan untuk mengeji
malah,
paling banyak kau agungkan untuk memuji
kononlah, cyber maya tempat menipu
ala-ala kiosk 'Menipu',
ramai yang ingin membeli
"terima kasih, aku belum buta".
aku benci topeng bahasa
menutup muka lidah terjelir
ah, bencinya.
-gelap-
03/05/2012
jumaat malam.
No comments:
Post a Comment