pesona kilau baldu hitam
gandingan menawan
putih sutera gaun pengantin
engkaulah gagak rimba
dijubahkan warna malam
bak kilau mutiara hitam
terikat kemas tempawan emas putih
insani belajar dari nilai kehidupanmu
kalam Rabb yang tidak berhuruf
kaulah antaranya
tuanku, kesayangan patik
belajarlah membezakan sesuatu
kenapa Rabb tidak kirimkan merak putih
mencuri sekeping roti
untuk seorang tawanan
yang tersisih di pinggir gunung
Kenapa Rabb memilih gagak
membawa pertolongan dengan sayap hitamnya
menghulur simpati hanya dengan paruhnya
sedang manusia tergamak merompak harta
bahkan maruah sesama manusia
pemotret senja tercinta
terjemahan senjamu indah pada merah merona
sedang saban sore sekumpulan gagak berbagi maklumat
berbagi simpati di bawah redup sore
seekor terluka, sekawanan mutiara hitam
menghulur salam menghulur kasih
kebersamaan tak pernah surut
walau zaman sederas cyber
kelalaian memerangkap lupa
sebahagian ilmu yang hampir tak terbaca
setiap sesuatu diciptakan tidak dengan sia-sia
unggas berjubah hitam
gagak di rimba.
03052012
melinda nour
gandingan menawan
putih sutera gaun pengantin
engkaulah gagak rimba
dijubahkan warna malam
bak kilau mutiara hitam
terikat kemas tempawan emas putih
insani belajar dari nilai kehidupanmu
kalam Rabb yang tidak berhuruf
kaulah antaranya
tuanku, kesayangan patik
belajarlah membezakan sesuatu
kenapa Rabb tidak kirimkan merak putih
mencuri sekeping roti
untuk seorang tawanan
yang tersisih di pinggir gunung
Kenapa Rabb memilih gagak
membawa pertolongan dengan sayap hitamnya
menghulur simpati hanya dengan paruhnya
sedang manusia tergamak merompak harta
bahkan maruah sesama manusia
pemotret senja tercinta
terjemahan senjamu indah pada merah merona
sedang saban sore sekumpulan gagak berbagi maklumat
berbagi simpati di bawah redup sore
seekor terluka, sekawanan mutiara hitam
menghulur salam menghulur kasih
kebersamaan tak pernah surut
walau zaman sederas cyber
kelalaian memerangkap lupa
sebahagian ilmu yang hampir tak terbaca
setiap sesuatu diciptakan tidak dengan sia-sia
unggas berjubah hitam
gagak di rimba.
03052012
melinda nour
No comments:
Post a Comment