Friday, May 4, 2012

♥ Apakah ... ♥


apakah harus kueja setiap kata
kupenggalkan setiap rasa
kutanggalkan setiap huruf
yang tinggal makna nan kabur?

apakah harus kulafas setiap kata
menghelakan setiap udara jantungku
biar getarannya kau terasa
maka terdiam tanpa bicara?

apakah perlu kusuarakan
kebisingan ibarat tin kosong
memekakkan telinga hingga tuli
lahirlah baitbait keraguan kelak?

apakah yang kau mahu
kan kucuba menunaikan semua
walau mungkin tiada aku berdaya
jika itu dapat senyuman daripadamu?

040512
Seng Kang

No comments:

Post a Comment